suria

Bekas pemain bola sepak menangis didapati bersalah merogol, lakukan serangan seksual pada kanak-kanak

Musangu didapati bersalah atas kesalahan merogol dan melakukan serangan seksual. foto MEN Media

SEORANG bekas pemain bola sepak menangis selepas didapati bersalah atas kesalahan melakukan penderaan seksual dan merogol mangsa bawah umur dan seorang wanita.

Bekas penjaga gol Rochdale AFC, Jonathan Diba Musangu menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa dalam tempoh lima tahun.

Menurut laporan Manchester Evening News, dia mengaku bersalah memaksa seorang kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seksual dan disabitkan dengan 11 lagi pertuduhan.

Selepas perbicaraan selama empat minggu, lelaki berusia 23 tahun itu didapait bersalah atas empat pertuduhan iaitu merogol kanak-kanak bawah usia 13 tahun dan dua pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ini termasuk dua pertuduhan iaitu memaksa seorang kanak-kanak melakukan aktiviti seksual, tiga pertuduhan melakukan aktiviti seksual bersama seorang kanak-kanak dan satu pertuduhan merogol.

Walaupun disabitkan kesalahan dan membuat pengakuan, Musangu melutut dan menangis dalam kamar mahkamah.

Perbicaraan ditangguhkan seketika dengan petugas mahkamah membawanya keluar dan kedengaran jeritan ahli keluarga tertuduh di luar kamar mahkamah.

Musangu sebelum ini pernah bermain di beberapa kelab termasuk FC United of Manchester, Ashton United and Mossley AFC - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain