suria

Kenali cinta hati Max Verstappen, rupa-rupanya anak legenda F1

Pelumba itu kini sedang bercinta dengan Kelly Piquet, model dan wartawan dari Brazil.

BINTANG Formula 1 (F1) Max Verstappen sering menjadi perhatian ramai.

Selain perkembangan kerjaya, ramai yang tertanya-tanya mengenai cinta hatinya.

Difahamkan, dia kini sedang bercinta dengan Kelly Piquet, model dan wartawan dari Brazil.

Dia juga merupakan anak kepada legenda F1, Nelson Piquet yang juga juara dunia sebanyak tiga kali antara tahun 1981 dan 1987.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bapa Kelly sebelum ini dikenali dengan gaya hidup 'playboy' dan mempunyai tujuh anak.

Kelly merupakan hasil perkahwinan kedua Nelson.

Untuk rekod, Kelly sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan seorang pelumba Rusia, Daniil Kvyat sehingga melahirkan seorang cahaya mata. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain