suria

Atlet Uganda ‘ghaib’ dari kem latihan Olimpik di Tokyo, tinggalkan nota dalam bilik hotel

Julius Ssekitoleko hilang dari 'radar' dari kem latihan Olimpik di Tokyo. Foto: Getty Images

SEORANG atlet angkat berat dari Uganda 'hilang' dari kem latihan Olimpik di Tokyo, selepas gagal melayakkan diri dalam temasya Olimpik 2021 yang bakal membuka tirai minggu depan.

Julius Ssekitoleko, 20, dilaporkan hilang dari bilik hotelnya dengan meninggalkan catatan yang mengatakan bahawa dia ingin menetap dan bekerja di Jepun, dan tidak mahu kembali ke negara asalnya.

Susulan 'kehilangan' Ssekitoleko, Jawatankuasa Olimpik Uganda membuka mulut selain memaklumkan mereka kini sedang mengesan atlet muda tersebut.

"Dijangkakan dia layak untuk ke temasya itu. Namun dia gagal seperti yang dimaklumkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa pada 5 Julai 2021.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru Ssekitoleko dan jurulatihnya sepatutnya dijadualkan pulang ke Uganda pada 20 Julai," demikian kenyataan jawatankuasa berkenaan.

Sebuah stesen kereta api di Osaka mengesahkan atlet tersebut telah membeli tiket ke Nagoya.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Uganda, Salim Musoke mengecam tindakan Ssekitoleko susulan kehilangannya, dan memberi amaran untuk mengharam atlet tersebut daripada sukan angkat berat selepas dia berjaya dikesan. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain