suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas bos F1 kritik Hamilton

Ecclestone mendakwa prestasi Hamilton sudah tak sehebat dulu. Foto: Andrej Isaković/AFP/Getty Images.

NAMA jaguh Formula 1 (F1) Louis Hamilton bagaikan tak pernah sepi, malah ada sahaja kisah melibatkannya menjadi bualan ramai.

Terbaharu, bekas bos F1, Bernie Ecclestone, mendakwa prestasi Hamilton sudah tak sehebat dulu.

Ujar Ecclestone, terlalu banyak kesilapan dilakukan Hamilton dalam usahanya memecahkan rekod lapan kali kejuaraan dunia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jelas Ecclestone, Hamilton kini bukanlah seorang pejuang sebagaimana sifatnya suatu masa lalu.

"Saya sudah bercakap dengan ramai orang mengenai hal ini.

"Mungkin Hamilton bukanlah seorang pejuang yang dia pernah jadi sebelum ini.

"Ada banyak acara tahun ini. Dia boleh buat lebih baik, tapi dia tak buat," ujar Ecclestone. - The Guardian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain