suria

Prestasi Marc Marquez jadi perdebatan selepas cedera teruk pada 2020

Marquez dijangka kembali beraksi pada minggu ini di Sachsenring, Jerman. Foto: Gold and Goose/ LAT Images.

MARC Marquez boleh dianggap sebagai legenda selepas dia mengumpul pelbagai pencapaian di peringkat dunia.

Namun, masa depan pelumba MotoGP berusia 28 tahun itu mula diperdebatkan selepas dia mengalami kemalangan pada tahun lalu.

Kemalangan ngeri itu memaksa dia menjalani beberapa pembedahan yang mana ia dikhuatiri akan menjejaskan prestasinya kelak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Antara yang menyuarakan hal itu termasuklah legenda Superbike dunia iaitu Neil Hodgson.

Ujarnya, dia risau dengan masa depan Marquez gara-gara kecederaan yang dialami.

Untuk rekod, Marquez dijangka kembali beraksi pada minggu ini di Sachsenring, Jerman. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain