suria

Tewaskan England menerusi sepakan penalti, Itali muncul juara Euro 2020

Skuad kendalian Roberto Mancini meraikan kejayaan meraih gelaran juara Euro 2020. Foto: Bbc.co.uk

ITALI muncul sebagai juara Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi final Euro 2020 di Stadium Wembley sebentar tadi.

Ini merupakan kali kedua Itali ditabalkan sebagai juara Eropah, selepas kali pertama pada 1968.

Dalam aksi awal pagi tadi (waktu Malaysia), skuad kendalian Roberto Mancini masih mengekalkan kesebelasan yang sama seperti ketika menewaskan Sepanyol di peringkat separuh akhir minggu lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu The Three Lions, anak buah Gareth Southgate pula mencipta kelainan dengan menggunakan formasi 3-4-3 apabila meletakkan pemain pertahanan kanan tambahan, Kieran Trippier dalam kesebelasan utama.

Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67.

Kemenangan tersebut membuktikan The Azzuri mengekalkan rekod kebal tanpa kalah untuk ke-34 perlawanan. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain