suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuaca panas melampau, pemanah rebah ketika beraksi di Olimpik

Pemanah itu hampir pengsan sehingga terpaksa dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

PEMANAH Rusia, Svetlana Gomboeva rebah gara-gara cuaca terlampau panas di Olimpik Tokyo.

Cuaca 33 darjah celcius menyebabkan dia hampir pengsan sehingga terpaksa dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

"Kami harap dia akan OK. Dia tak boleh tahan berada dalam cuaca panas sepanjang hari.

"Ini merupakan kejadian pertama," ujar jurulatihnya, Stanislav Popov.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut rakan sepasukannya iaitu Ksenia Perova, Gamboeva mengalami strok haba.

Dalam pusingan kelayakan itu, Gamboeva tersenarai di tangga ke-45 daripada 64 pemanah wanita yang bertanding.

Namun, dia dijangka akan kembali beraksi semula selepas keadaannya beransur pulih. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain