suria

Misi calar maruah juara dunia... Aaron Chia-Soh Wooi Yik makin bersemangat beraksi di Olimpik Tokyo

Aaron_Chia_Badminton

BEBERAPA jam saja lagi, peminat badminton negara pasti akan tertumpu di kaca televisyen untuk menyaksikan aksi kedua Kumpulan D membabitkan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Tanggungjawab yang dibawa tidak semudah yang dijangka ketika dijadualkan menentang juara dunia dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan yang turut menang pada aksi pertama.

Ia lebih menjurus kepada misi serampang dua mata buat pasangan negara, memburu tempat di pusingan seterusnya dan membalas dendam lama.

ARTIKEL BERKAITAN: "Layan depan TV pun dah heart attack and kecewa, apalah lagi pemain dalam gelanggang?"

Namun kemenangan ke atas wakil Korea Selatan sebelum ini seakan hadir tepat pada masanya dan menjadi suntikan buat Chia dan Wooi Yik.

“Tetapi selepas menang (ke atas beregu Korea Selatan), kami lebih yakin dan mentaliti juga semakin jelas,” kata Chia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebagai rekod, sepanjang lapan pertemuan sebelum ini, Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan lawan itu namun paling diingati pastinya kekalahan di final Seluruh England 2019.

"Tidak kira siapa lawan yang akan dihadapi, kami akan lakukan sehabis baik dan cuba tunjukkan aksi sebenar,” kata Chia.

Pada perlawanan pertama, pasangan negara menewaskan wakil Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae 24-22, 21-15.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

badminton, beregu, olimpik

Artikel Berkaitan

Artikel Lain