suria

Brendan Gan hidap kanser testis... "Saya akan melawan kanser ini dan kembali ke pangkuan Selangor"

Brendan Gan nekad untuk berjuang melawan penyakit kanser testis yang dihadapinya sebelum kembali mengetuai skuad Selangor. — AGENSI.

BERITA kurang baik untuk para peminat Selangor FC apabila kapten pasukan itu, Brendan Gan dilaporkan menghidap kanser testis.

Khabar berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan di laman Twitter skuad Gergasi Merah hari ini.

Gan dilaporkan selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan berkenaan dan sedang dalam pemantauan pakar perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Brendan akui sedih terlepas peluang bertemu UAE Mac ini

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau Malaya tunjuk taring, tewaskan Thailand

"Walaupun diuji, Gan tetap optimis. Gan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan.

"Mohon semua penyokong untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya," ujar kenyataan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Gan turut memuat naik status di Instagram tentang kesihatan dirinya.

"Motivasi saya adalah melawan kanser ini dan kembali semula bermain mengetuai pasukan dengan secepat mungkin," katanya.

Gan, 33, berpindah ke Selangor FC dari Perak pada tahun lalu dan melakukan 21 penampilan bersama kelab terbabit.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah