suria

Baru berusia 13 tahun, Momiji Nishiya cipta rekod jadi pemenang pingat emas di Olimpik Tokyo

Momiji Nishiya menjadi antara atlet paling muda yang memenangi pingat Emas di Olimpik.

ATLET papan selaju Jepun, Momiji Nishiya menjadi antara atlet paling muda yang memenangi pingat Emas di Olimpik.

Atlet berusia 13 tahun itu meraih pencapaian berkenaan ketika perlawanan yang diadakan di Tokyo pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dengan kedudukan mata 15.26, dia berjaya mencipta rekod sebagai pemenang termuda dalam sejarah permainan itu.

Untuk rekod, acara papan selaju merupakan lima acara baharu yang dipertandingkan dalam edisi Olimpik kali ini.

Selain atlet Jepun itu, perenang Amerika Syarikat Marjorie Gestring pernah mencatat rekod sebagai pemenang pingat emas Olimpik termuda ketika berusia 13 tahun pada 1936. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain