suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aubameyang dimasukkan ke hospital kerana malaria

Aubameyang memuat naik gambarnya dan berkongsi keadaan kesihatan dirinya di Instagram. Foto: Instagram

PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dimasukkan ke hospital kerana menghidap malaria.

Kapten The Gunners itu dikeluarkan dari skuad untuk berdepan Salvia Prague pada pusingan kedua suku akhir Liga Eropah.

Menerusi laman Instagram pada Khamis, Aubameyang, 31, memuat naik gambarnya di hospital dan berkongsi mengenai keadaan kesihatannya.

"Hai rakan-rakan semua, terima kasih atas semua mesej dan panggilan telefon.

"Malangnya saya dijangkiti malaria ketika beraksi untuk pasukan kebangsaan di Gabon beberapa minggu lalu.

"Saya telah menghabiskan beberapa hari di hospital minggu ini tetapi merasa lebih baik setiap hari, terima kasih kepada doktor hebat yang mengesan dan merawat virus dengan cepat.

"Saya kurang sihat beberapa minggu terakhir ini tetapi akan kembali cergas daripada sebelumnya," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain