suria

Perlakuan rasis terhadap Zlatan Ibrahimovich bawa padah, Red Star Belgrade dihukum

Red Star Belgrade dihukum kerana penyalahgunaan kaum terhadap penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovich semasa perlawanan Liga Europa

RED Star Belgrade didapati bersalah atas tingkah laku rasis dan nyanyian yang provokatif, ofensif semasa perlawanan menentang AC Milan pada saingan Liga Europa, Februari lalu.

Zlatan Ibrahimovic menjadi sasaran semasa permainan yang seharusnya dilangsungkan secara tertutup.

Red Star Belgrade telah dihukum oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana isu perkauman terhadap penyerang AC Milan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Forbes senaraikan Barcelona pasukan bola sepak paling bernilai, Man United jatuh tempat ke-4

Kejadian itu berlaku ketika Ibrahimovic duduk di bangku simpanan semasa pertandingan pusingan 32 Liga Europa di Belgrade.

Hasil daripada rakaman dalam talian semasa perlawanan berlangsung, dapat didengar ada suara berteriak ke arah Ibrahimovic dan memburuk-burukkan asal usul keluarga Balkannya.



Dia dilahirkan di Sweden, manakala ibu bapanya masing-masing dari Bosnia-Herzegovina dan Croatia.

UEFA berkata, jawatankuasa tatatertibnya mendapati tertuduh terbukti bersikap perkauman, melaungkan provokasi dan menyinggung perasaan.

Zlatan Ibrahimovich yang berusia 39 tahun beraksi bersama AC Milan.

Red Star Belgrade mesti beraksi di gelanggang sendiri bagi persaingan Eropah seterusnya dalam keadaan stadium kosong.

Pendahulu liga Serbia itu berkemungkinan akan menjalani larangan itu bermula bulan Julai ketika pusingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara bermula.

UEFA menangguhkan larangan penyokong ke stadium buat kali kedua selepas tempoh percubaan selama setahun dan mendenda kelab itu sebanyak €25,000 (RM123,500) kerana menghantar mesej provokatif yang menyinggung perasaan.

Tidak jelas siapa yang menjerit terhadap Ibrahimovic, pegawai dan tetamu Red Star Belgrade pula berada di tempat utama walaupun sepatutnya tiada tiket dijual kepada penyokong.

UEFA juga mendenda Red Star Belgrade sebanyak €5,000 (RM24, 700) kerana melanggar peraturan protokol kesihatan semasa pandemik Covid-19 dengan membenarkan penonton masuk ke stadium dan tiada penjarakkan sosial. -skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain