suria

Liga Europa: Lebih bersemangat, Solskjaer yakin kemampuan United mara ke final

Bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengatakan kejayaan Liga Europa boleh menjadi 'pemangkin' untuk memenangi lebih banyak piala.

MANCHESTER United mara ke separuh akhir Liga Europa setelah jaringan Edinson Cavani dan gol sendiri daripada Jesus Vallejo memberi kemenangan 2-0 pasukan itu ke atas Granada.

Ole Gunnar Solskjaer sedang berusaha untuk mengakhiri musim dengan tahap setinggi mungkin selepas United akan bertemu Roma pada separuh akhir Liga Europa.

Jaringan Marcus Rashford dan Bruno Fernandes di Granada minggu lalu meletakkan The Red Devils selesa di hadapan sebelum perlawanan timbal balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Forbes senaraikan Barcelona pasukan bola sepak paling bernilai, Man United jatuh tempat ke-4

United meneruskan rentak kemenangan dengan keputusan 2-0 pada Khamis, sekali gus memberi kemenangan mutlak kepada United dengan agregat 4-0.

Solskjaer pernah menentang Roma sewaktu beraksi bersama United dengan pasukannya memperoleh kemenangan besar agregat 8-3 ketika itu.

Kini Roma mempunyai Henrikh Mkhitaryan dan Chris Smalling yang merupakan bekas pemain United, ketika United menjuarai Liga Europa pada 2017.

Pemain sangat berdisiplin, profesional dan tidak terlalu tertekan

OLE GUNNAR SOLSKJAER

PENGURUS PASUKAN MANCHESTER UNITED

"Kami kalah dalam perlawanan di tempat lawan tetapi yang peliknya pengurus (Sir Alex Ferguson) sangat gembira selepas kekalahan itu, saya tidak pernah melihatnya gembira setelah kalah dalam satu perlawanan," kata bos United, setelah tewas 2-1 sebelum bangkit pada aksi timbal balik dengan kemenangan di Old Trafford 7-1.

"Dia begitu yakin kita akan memenangi perlawanan di gelanggang sendiri, pengalaman yang tidak mudah untuk dilupakan, Kami harus memanfaatkan peluang yang ada sepenuhnya. Kami berpeluang mara ke final. Hari ini, kami lakukan dengan baik. Pemain sangat berdisiplin, profesional dan tidak terlalu tertekan."

Solskjaer berharap tuah berpihak kepada United setelah tewas dalam empat perlawanan separuh akhir musim lalu.

Pogba mengetuai Manchester United pada perlawanan menentang Granada

"Mari kita berharap demikian," katanya yang sedang mencari trofi pertamanya selaku bos United.

"Anda tahu, apabila anda berada di separuh akhir, itulah sifat sesebuah permainan, anda bermain menentang pasukan yang bagus.

"Kami bermain menentang beberapa pasukan yang bagus tetapi kami menikmati peluang sekali lagi untuk mara ke final. Saya telah melihat kesungguhan, sikap pada setiap pemain yang mereka mahu melangkah lebih jauh.

"Kekecewaan kekalahan yang kami lalui, ia memberi kami motivasi untuk melangkah lebih jauh dan semoga musim ini berakhir dengan kejayaan yang cemerlang."

Paul Pogba mengetuai pasukan tanpa kehadiran Harry Maguire yang sedang digantung perlawanan.

Tetapi pemain tengah itu digantikan dengan Van De Beek pada akhir babak pertama. -skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain