suria

Selepas 5 tahun, Ibrahimovic sah kembali bersama Sweden untuk aksi kelayakan Piala Dunia

Ibrahimovic kembali menyertai skuad kebangsaan Sweden untuk beraksi dalam kelayakan Piala Dunia, hujung Mac. Foto: Getty Images

PENYERANG AC Milan, Zlatan Ibrahimovic akan kembali menyertai skuad kebangsaan Sweden untuk beraksi dalam kelayakan Piala Dunia, hujung bulan ini.

Bintang bola sepak berusia 39 tahun itu terpilih bagi perlawanan kelayakan menentang Georgia dan Kosovo.

Dia turut mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter.

Menulis pada kapsyen 'The return of the God', Ibrahimovic turut membuat pautan kepada akaun Twitter pasukan Sweden, @svenskfotboll.

Selain itu, dia turut terpilih bagi aksi persahabatan Sweden berdepan Estonia.

Ibrahimovic kali terakhir muncul bersama Sweden sewaktu Euro 2016.

Dia kemudian mengumumkan persaraannya dari pasukan kebangsaan setelah Sweden terkeluar dari saingan peringkat kumpulan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain