suria

Real Madrid mahu dapatkan semula Ronaldo, tapi utamakan Mbappe, Haaland

Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan semula Ronaldo. foto Reuters

REAL Madrid berminat untuk mendapatkan semula pemain sensasi, Cristiano Ronaldo, tetapi mengutamakan Kylian Mbappe dan Erling Haaland, menurut laporan di Sepanyol.

Laporan mula tersebar sejak minggu lalu bahawa bintang Portugal itu akan sedia untuk kembali ke Bernabeu.

Tindakan itu susulan penampilan Juventus yang mengecewakan dalam Liga Juara-Juara.

Perkara itu disedari oleh pengurus Juventus, Andrea Pirlo, dengan menolak 'khabar angin' yang mungkin berlaku.

Bagaimanapun, laporan mengenai Real Madrid untuk mendapatkan semula Ronaldo terus bertiup kencang di Sepanyol, dengan menjadi tajuk berita utama di dua akhbar sukan negara itu, pagi isnin.

Laporan Marca mendahului dengan rancangan perpindahan buat skuad Zinedine Zidane, yang menegaskan bahawa perjanjian untuk pemain berusia 36 tahun itu tidak akan menjadikan fokus utama mereka bagi memancing Kylian Mbappe atau Erling Haaland untuk dibawa ke Sepanyol.

Tajuk berita menegaskan bahawa Ronaldo bukan menjadi keutamaan kelab itu.

Dilaporkan bahawa Juventus akan terbuka untuk tawaran hanya £25 juta, dan mereka sudah membuat perancangan tanpa penyerang itu.

Namun, penerbitan yang sama juga menunjukkan bahawa gaji bintang itu menjadi penghalang untuk diserap semula ke kelab lamanya di Sepanyol.

Pendapatan Ronaldo kini bertentangan dengan polisi Real Madrid membabitkan perbelanjaan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Marca. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain