Ronaldo terdesak untuk beraksi selepas positif Covid-19, hanya mampu tengok pasukan berlatih dari balkoni bilik

Ronaldo beri isyarat bagus dari balkoni biliknya. -foto Portuguese Football Federation

PENGURUS Portugal, Fernando Santos mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo terdesak untuk bermain setelah diarahkan untuk tidak menyertai perlawanan menentang Sweden.

Pada Selasa, pemain berusia 35 tahun itu diumumkan disahkan positif Covid-19, tetapi tidak mempunyai gejala.

Ronaldo hanya menyaksikan rakan-rakan sepasukannya Portugal berlatih di pangkalan Oeiras di pinggir Lisbon, dari balkoni biliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo pula dijangkiti Covid-19, bakal terlepas aksi menentang Sweden

Santos memberikan maklumat terkini mengenai keadaan Ronaldo menjelang perlawanan Liga Negara-negara UEFA pada Rabu.

"Tidak ada pasukan yang dapat menjadi lebih baik tanpa pemain terbaik di dunia tetapi pasukan ini telah menunjukkan bahawa secara kolektif ia mempunyai kemampuan untuk menangani keadaan," katanya.

"Dia (Ronaldo) menguruskan keadaan dengan baik. Dia berada di dalam bilik, mengatakan bahawa dia mahu bermain, dia bercakap dengan kami dari tingkat atas (dari balkoni).

"Dia baik-baik saja, bahkan dia tidak tahu apa yang berlaku padanya," kata Santos. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain