Tayang jam tangan mahal di media sosial, Amir Khan dituduh bersikap ‘murahan’

Ada yang turut memberi nasihat sekiranya perkara itu boleh menjadikan dia sebagai sasaran perompak.

BEKAS juara tinju light-welterweight, Amir Khan dikritk ramai selepas berkongsi foto jam tangan mewah di media sosial.

"Bukan setiap hari saya belanja diri sendiri," ujarnya pada kapsyen sambil 'menayangkan' jam berkenaan.

Rata-rata pengikut bagaimanapun tidak teruja, sebaliknya melabelkannya sebagai bersikap murahan.

Kata netizen, dia tidak sepatutnya bersikap begitu memandangkan ramai yang kesempitan wang disebabkan Covid-19.

"Sikap menunjuk-nunjuk merupakan sikap murahan yang tak sesuai dengan kamu. Ramai yang mati kelaparan.

"Selebriti menunjuk kekayaan sementara berjuta kehilangan kerja. Sebab itu ramai tak suka dia," tulis netizen.

Malah, ada yang turut memberi nasihat sekiranya perkara itu boleh menjadikan dia sebagai sasaran perompak.

"Walaupun kamu boleh lawan balik, kamu mungkin akan jadi sasaran perompak," tulis netizen lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain