suria

Ronaldo pula dijangkiti Covid-19, bakal terlepas aksi menentang Sweden

Ronaldo kini sedang menjalani kuarantin.

CRISTIANO Ronaldo disahkan positif Covid-19, demikian kenyataan Persekutuan Bolasepak Portugal.

Penyerang Juventus itu bagaimanapun berada di dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala tetapi kini sedang menjalani kuarantin.

Perkembangan terbaharu tersebut sekaligus menyebabkan Ronaldo terlepas menentang Sweden dalam aksi Liga Negara-Negara pada awal pagi Khamis ini.

"Cristiano Ronaldo diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan selepas ujian saringan mendapati dia positif Covid-19, jadi dia tidak akan berdepan Sweden.

"Pemain antarabangsa Portugal itu dalam keadaan sihat tanpa gejala dan kini menjalani kuarantin," demikian menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Portugal.

Kenyataan turut menyebut bahawa pemain lain dalam pasukan Portugal didapati negatif dan sedia beraksi dalam perlawanan itu.

Ronaldo adalah bintang dunia terbaharu yang dijangkiti wabak tersebut.

Sebelum ini rakan sepasukannya dari Juventus iaitu Blaise Matuidi, Paulo Dybala dan Daniele Rugani disahkan positif Covid-19. - Euronews.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain