suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas dua kali didapati positif Covid-19, Ibrahimovic kini pulih

Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic.

ZLATAN Ibrahimovic disahkan pulih dan boleh menamatkan tempoh kuarantin selepas ujian Covid-19 ke atasnya didapati negatif, demikian menurut AC Milan.

Dalam satu kenyataan, kelab Serie A itu mengesahkan Ibrahimovic didapati negatif dalam dua ujian berturut-turut yang menjadi sebahagian daripada prosedur bagi menamatkan tempoh kuarantin.

Sementara itu, penyerang AC Milan berkenaan turut membuat pengesahan menerusi laman Twitter.

"Anda sudah pulih! Pihak berkuasa berkata tempoh kuarantin sudah tamat, anda boleh keluar!” tulis Ibrahimovic.

Beberapa hari lalu kelab tersebut berkata bintang antarabangsa Sweeden berusia 39 tahun itu positif Covid-19 buat kali kedua.

Perkhabaran tersebut sekaligus mencetuskan persoalan sama ada Ibrahimovic boleh beraksi apabila bertemu seteru setempat, Inter Milan pada 17 Oktober.

Ibrahimovic didapati positif Covid-19 kali pertama adalah pada 24 September lalu. - Cde.news

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain