Ronaldo sahkan Piala Dunia 2022 menjadi penyertaannya yang terakhir bersama Portugal

Cristiano Ronaldo memberi bayangan bahawa Piala Dunia 2022 menjadi penyertaannya yang terakhir. Foto: AFP

CRISTIANO Ronaldo telah mengesahkan bahawa Piala Dunia FIFA 2022 akan menjadi penyertaannya yang terakhir.

Sekiranya Portugal layak ke Piala Dunia FIFA 2022 yang akan berlangsung di Qatar, bintang Juventus itu akan berusia 37 tahun.

Bercakap kepada media menjelang aksi menentang Perancis dalam Liga UEFA Nations, Ronaldo ditanya mengenai masa depannya dan Piala Dunia FIFA dan jawapan yang diberi pastinya mengecewakan hati peminatnya di seluruh dunia.

Ronaldo seolah-olah memberi isyarat bahawa dia tidak akan memikirkan untuk bersara dalam masa terdekat, sambil menyatakan bahawa dia masih lagi cergas.

Bagaimanapun pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali ini terus menyebut bahawa Piala Dunia FIFA 2022 akan menjadi penyertaannya yang terakhir. - Sportskeeda

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain