Baru berusia 21 tahun, pemandu jelita maut ketika perlumbaan kereta

Laura (kiri) meninggal dunia pada Sabtu lalu di Portugal.

AJAL tak mengenal sesiapa.

Begitulah juga kisahnya melibatkan seorang pelumba wanita dari Sepanyol, Laura Salvo yang meninggal dunia pada usia 21 tahun.

Menerusi perlumbaan rally di Portugal pada Sabtu, dia sedang berada di kerusi penumpang, menjadi pemandu kedua kepada Miguel Socias sebelum mereka bertembung dengan sebuah kereta lain.

Menurut laporan, Laura meninggal dunia sebelum bantuan kecemasan dihantar ke lokasi perlumbaan.

Cukup dikenali sebagai bintang berbakat besar, dia juga pernah menjuarai Rally del Bierzo pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, Peugeot Sport turut mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Laura.

"Kami merakamkan ucapan takziah buat keluarga Laura atas insiden yang berlaku," ujar kenyataan itu ringkas. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain