BEBERAPA perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka akan disiarkan secara langsung di YouYube secara percuma berikutan arahan perintah berkurung akibat penularan Covid-19. Dalam sebuah kertas kerja yang diusulkan, perbincangan sedang dilakukan untuk menyiarkan kesemua baki 92 perlawanan di Sky Sports, BT Sport dan YouTube. Dengan setiap perlawanan yang berlangsung tanpa kehadiran penyokong, pengarah bola sepak mahukan perlawanan disiarkan supaya penyokong tetap dapat mengikuti perlawanan secara langsung. Menerusi perancangan tersebut, perlawanan tetap akan disiarkan secara langsung di Sky Sports dan BT Sport yang mempunyai hak penyiaran terbesar. Namun, disebabkan saluran lain tidak dibenarkan untuk menyiarkan perlawanan EPL, YouTube dilihat menjadi pilihan buat penyokong untuk menonton secara percuma. Kali terakhir perlawanan EPL disiarkan secara percuma adalah pada perlawanan pembukaan bagi musim 2013/14. Pada ketika itu, Sky Sports menyiarkan perlawanan Manchester United menentang Swansea manakala Crystal Palace berhadapan Arsenal disiarkan di BT Sport secara percuma. Kelab-kelab EPL mendapat kebenaran untuk melakukan sesi latihan bermula 12 Mei ini sebelum perlawanan kembali bersambung pada 12 Jun. - Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!