EMMANUEL Adebayor berdepan dengan kecaman daripada peminat bola sepak apabila ‘Team Adebayor’ memuat naik rakaman beberapa buah kereta mewah miliknya. Video yang dimuat naik itu bertujuan untuk memberi motivasi kepada orang lain, selepas Adebayor enggan membuat sumbangan untuk Covid-19. Akaun Instagram ‘Team_Adebayor’ berkongsi rakaman tersebut supaya boleh menjadi inspirasi kepada orang lain untuk mencapai apa yang diinginkan seperti bekas pemain bintang Manchester City itu. Adebayor meraih pendapatan hampir sejuta seminggu ketika bersama Manchester City Rakaman itu menunjukkan kereta mewah Rolls Royce manakala lapan buah biji kereta lain termasuk Mercedes Benz, dua buah Porsche, BMW dan Range Rover dengan kapsyen #MondayMotivation. Adebayor yang kini berada di Togo menjalani isolasi sendiri enggan membuat sumbangan dalam membantu menentang Covid-19, namun mengubah pendiriannya selepas video itu tersebar. Sebahagian kenderaan mewah yang dimiliki Adebayor. Pemain berusia 36 tahun itu meraih pendapatan 175,000 paun (RM939, 906) seminggu ketika berada di Stadium Etihad dan antara pemain jutawan sepanjang karier profesionalnya. Namun sepanjang berada di kampung halamannya di Lome, Togo, Adebayor tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk mengeluarkan wangnya bagi membantu masyarakat menentang Covid-19. - Dailymail. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!