suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

La Liga sasar kembali beraksi pada Jun

Barcelona kini mempunyai kelebihan dua mata di hadapan Real Madrid. Foto: Getty Images

KELAB-KELAB La Liga Sepanyol menyasarkan untuk kembali beraksi pada Jun ini, selepas perlawanan dihentikan gara-gara peningkatan kes wabak Covid-19 di negara itu.

Bola sepak di Sepanyol ditangguhkan sejak Mac.

Pemain dari dua bahagian teratas akan berlatih secara individu selepas satu perjanjian dengan pihak berkuasa sukan dan kesihatan Sepanyol yang memberi jaminan keselamatan terhadap pemain dan kakitangan.

Pemain juga diwajibkan menjalani ujian sebelum beraksi di padang.

Untuk tujuan keselamatan juga, pimpinan atasan Sepanyol telah membuat protokol terperinci yang mesti dipatuhi.

Antaranya, sesi latihan yang akan dilakukan bermula secara individu ke kumpulan kecil dan kemudian latihan secara berpasukan.

"Bersama dengan ujian perubatan yang dilakukan oleh kelab, pengembalian latihan secara berperingkat telah dilaksanakan yang akan dimulai dengan latihan pemain secara bersendirian dan secara berkumpulan sebelum kembali ke pertandingan, yang dijadualkan pada bulan Jun".

La Liga masih berbaki 11 pusingan perlawanan, dengan Barcelona berada di kedudukan teratas, dua mata di hadapan Real Madrid. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

La Liga, Sepanyol, Jun

Artikel Lain