SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal membuka semula tirainya mungkin berhadapan situasi yang agak berbeza iaitu tanpa kehadiran penyokong. Wabak yang mengancam nyawa itu menyebabkan saingan bola sepak di England ditangguh hampir dua bulan dengan saingan akan bersambung semula pada 8 Jun. Sky Sports turut memberitahu bahawa kelab-kelab EPL sudah bersedia sekiranya saingan bagi musim 2020/21 akan diadakan tanpa kehadiran penyokong. Bermain dengan stadium tertutup semestinya memberikan impak besar dari segi kewangan terhadap kelab selain siaran langsung di televisyen. Ini bakal dibuktikan dengan beberapa kelab yang tidak akan berbelanja besar pada musim panas ini. Sementara itu, seorang agen Gary Williams mendedahkan bahawa dua telah menyuarakan cadangannya kepada pengarah EPL untuk menghabiskan baki perlawanan di Australia. "Saya telah mengadakan perbincangan dengan wakil EPL dan mereka menyukai cadangan tersebut. "Di sini (Australia), semuanya selamat dengan undang-undang yang ketat diperkenalkan oleh kerajaan. "Kami boleh berjumpa seramai 10 orang pada satu-satu masa, bebas ke semua tempat termasuk pantai. Dalam tempoh 10 hari, hanya empat kes baharu yang dilaporkan," ujarnya kepada The Sun. - talkSPORT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!