suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas kekasih Neymar ditahan langgar perintah berkurung Covid-19

Soraja sewaktu bercinta dengan Neymar.

BEKAS kekasih bintang Paris Saint Germain (PSG) Neymar, Soraja Vucelic menafikan dakwaan dia ditahan di Montenegro pada Ahad.

Model dari Croatia itu dilaporkan berkunjung ke wilayah itu sebelum lokasi dia bercuti diserbu polis.

Namun model berusia 33 tahun itu menafikan insiden itu tetapi mengaku hanya terserempak dengan polis di dalam sebuah kereta.

“Bertindak atas maklumat orang awam, kami melakukan serbuan di sebuah rumah di Borje dan menemui dua wanita.

“Kedua-duanya dibebaskan tetapi akan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar arahan perintah berkurung, ” kata jurucakap polis.

Menurut Vucelic dia tidak ditahan tetapi hanya berbual dengan polis bersama rakannya.

“Kami berada di dalam sebuah kereta dan dia (kawan) terlupa membawa lesen memandu dan surat pelepasan keluar rumah, ” katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain