Azizulhasni imbas detik kemalangan - “Saya dah macam ayam kena sembelih” - Sukan | mStar

Azizulhasni imbas detik kemalangan - “Saya dah macam ayam kena sembelih”

Azizulhasni masih menerima rawatan di hospital.

JAGUH berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang hanya mampu berdoa agar tragedi 2011 tidak berulang dan kembali menimpa dirinya pada Sabtu.

Ini berikutan pelumba berusia 31 tahun itu terlibat dalam kemalangan ketika saingan acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Velodrom Anna Meares, Brisbane, Australia.

The Pocket Rocketman dalam posting terkini di Instagram @azizulhasniawang menceritakan kemalangan yang berpunca daripada pancungan yang dibuat oleh pelumba Jepun Tomoyuki Kawabata sebaik sahaja loceng dibunyi yang mengakibatkan beliau dan pelumba Poland Krzysztov Maksel terhimpit sebelum terjatuh bersama pelumba lain.

"Saya terseret jauh, mata dipejam, terasa kulit badan bergeseran dengan permukaan kayu, panas, pedih dan sakit, situasi amat huru hara, terdengar juga jeritan daripada pelumba lain.

"Dalam hati saya hanya mampu menyebut nama Allah dan berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badan saya seperti kejadian pada tahun 2011 lalu. Apabila seretan sudah berhenti, saya mengerang kesakitan, tidak dapat bernafas hasil dari kelajuan sekurang-kurangnya 70km/j.

"Saya dah macam ayam kena sembelih. Ramai orang mengelilingi saya, saya tidak dapat membuka mata, tapi terdengar suara jurulatih John Beasley, beliau suruh saya baring, ‘relax’ dan cuba bernafas," katanya.

Azizulhasni dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Difahamkan ketika menulis di Instagram itu, Azizulhasni masih berada di Hospital Princess Alexandra dan baharu selesai menjalani ujian x-ray dan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik(MRI).

"Sekarang menunggu berita dari doktor dan pasukan perubatan di bilik kecemasan Hospital Princess Alexandra," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan pelumba Jepun yang dilihat seolah-olah berniat kurang baik apabila melakukan pancungan, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata sebagai pelumba profesional, beliau melihat perkara tersebut secara positif dan lumrah dalam perlumbaan keirin.

"Inilah keindahan sukan ini, ada kala anda menang, ada kala anda baham tanoh (jatuh). Saya dimaklumkan pelumba Jepun itu disingkir kerana salah beliau. Malangnya, keputusan itu tidak menghilangkan sakit dan luka-luka di badan saya yang sasa ini," katanya.

Dalam kesakitan, bapa kepada dua orang cahayamata itu, cuba 'berlakon' untuk menghilangkan rasa gusar isteri dan dua anak perempuannya yang datang dari Melbourne untuk menyaksikan perlumbaan beliau kali ini.

"Saya melambai ke arah isteri dan anak-anak sambil menahan kesakitan. Nampak kerisauan di wajah mereka. Sedih dan rasa bersalah pula, mereka terbang dari Melbourne untuk melihat dan menyokong saya berlumba, sekurang-kurangnya saya naik podium tidak pun masuk final pun dah berbaloi untuk mereka. Tapi malang sungguh tidak berbau, saya gugur macam nangka busuk, busuk kohong (busuk betul).

Azizulhasni bersama isteri dan dua anaknya.

"Tapi sekurang-kurangnya anak-anak saya nampak macam mana sukarnya abi mereka mencari rezeki sesuap nasi. Sekurang-kurangnya mereka sedar abi mempertaruhkan nyawanya di atas balapan. Dan busuk-busuk mereka tahu abi mereka ini perwira bangsa, agama dan negara," katanya.

Maklumat terkini daripada Azizulhasni, beliau masih menunggu maklum balas daripada doktor berhubung keadaan dirinya dan berharap tidak ada kecederaan serius.

Beliau turut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat meneruskan kecemerlangan yang diraih ketika perlumbaan di New Zealand minggu lepas yang menyaksikan beliau muncul juara acara keirin.

"Saya ingin semua tahu yang saya sentiasa bersedia berkorban jiwa dan raga saya demi negara tercinta dan saya berharap anda juga sama seperti saya. Ini hanya pengorbanan kecil dari saya dan bayangkan jika setiap dari kita sama-sama melakukan pengorbanan besar.

"Oleh itu, saya menyeru kepada anda semua usahlah kita leka dan marilah sama-sama kita memajukan negara tercinta," katanya. - BERNAMA

Azizulhasni , basikal , kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain