suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi, Mayweather terima pendapatan paling tinggi sepanjang tiga dekad

Messi (kiri) dan Mayweather mengungguli senarai atlet menerima pendapatan teringgi sepanjang tiga dekad oleh Forbes. (FOTO:Instagram).

PENINJU terkenal dunia, Floyd Mayweather dinamakan sebagai atlet yang menerima bayaran tertinggi oleh majalah Forbes.

Dia mengungguli senarai itu yang mana ia turut disertai nama-nama besar seperti pemain bola, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Senarai terbaharu itu mengumpulkan jumlah bayaran atlet sepanjang tiga dekad bermula 1999 sehingga tahun 2019.

Sepanjang tempoh itu, Mayweather menerima pendapatan berjumlah AS$200 juta (RM826 juta)

Dalam senarai itu, Messi berada pada tangga kedua pendapatan AS$110 juta (RM454 juta) dan Ronaldo AS$105 juta (RM434 juta).

Menurut Forbes, senarai itu membuktikan Mayweather banyak mengumpul harta sepanjang menjadi atlet.

Mayweather turut berkongsi senarai itu di laman sosial miliknya. - Legit.NG.

Artikel Berikut

Guardiola bakal tinggalkan City?

Artikel Lain