suria

Minamino jadi buruan Liverpool

Minamino yang mempunyai nilai pelepasan berjumlah £7.25 juta (RM 39.75 juta) dianggap sesuai untuk direkrut ke dalam pasukan the Reds. (Foto: Getty)

LIVERPOOL sedang mengintai bintang sensasi Red Bull Salzburg, Takumi Minamino apabila perpindahan musim sejuk dibuka Januari 2020.

Minamino yang mempunyai klausa pelepasan berjumlah £7.25 juta (RM 39.75 juta) dianggap sesuai untuk direkrut ke dalam pasukan the Reds.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu tidak mahu berlengah kerana khuatir hasrat mendapatkan khidmat pemain itu akan gagal kerana terdapat kemungkinan nilai pemain berusia 24 tahun itu akan berlipat kali ganda.

Minamino telah menjaringkan sembilan gol dalam 22 penampilan bersama Salzburg musim ini.

Salah satu gol yang dijaringkan adalah di Anfield pada Oktober lalu semasa pasukannya tewas 3-4 kepda skuad bimbingan Jurgen Klopp. - Metro.co.uk

Artikel Lain