suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal mahu bincang dengan Ancelotti

Carlo Ancelotti dipecat dari Napoli pada Selasa. Foto: AFP/Getty Image

ARSENAL merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Carlo Ancelotti selepas jurulatih Itali itu dipecat oleh Napoli, menurut laporan.

Ancelotti membimbing Napoli untuk menang 4-0 ke  Genk dalam Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Selepas pemecatan itu, Gennaro Gattuso mengambil alih peranan Ancelotti di Napoli.

Menurut The Sun, Arsenal 'bersemangat' untuk berbicara dengan mantan pengurus Chelsea itu mengenai prospek menjadi pengurus baru mereka.

Laporan itu mendakwa Arsenal telah bercakap dengan bekas pengendali Valencia, Marcelino; bekas pengurus Porto, Vitor Pereira, dan pengurus Bordeaux, Paulo Sousa.

Sementara itu, Ancelotti memenangi Liga Perdana dan Piala FA selama dua musim di Chelsea.

Massimiliano Allegri, yang juga dalam senarai pendek Arsenal, telah menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil tawaran lain sehingga selepas musim berakhir. - Metro.co.uk

Carlo Ancelotti, Napoli, Arsenal

Artikel Lain