suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tinggalkan lokasi kemalangan, dua pemain bola mengaku memandu bawah pengaruh alkohol

Keadaan kereta di lokasi kemalangan.

DUA pemain bola Derby County, Tom Lawrence dan Mason Bennett mengaku bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pada masa sama, mereka melarikan diri dari lokasi kemalangan berdekatan A6 di Derby, England.

Lawrence, 25, dan Bennett, 23, ditahan di kota itu pada 24 September lalu.

Dua pemain ini perlu menjalani khidmat komuniti selama 80 jam akibat perbuatan berkenaan.

Mereka berdua dihadapkan ke Mahkamah Majistret Derby pada pagi Selasa.

Selain dikompaun, mereka diarah menjalani khidmat komuniti selama 80 jam.

Dalam tempoh itu, mereka perlu menjalani kursus kesedaran alkohol sebagai sebahagian proses pemulihan. - Daily Star.

Artikel Lain