suria

Guardiola tak bimbang ketinggalan lapan mata - “Baru bulan Oktober”

Guardiola yakin skuadnya mempunyai peluang untuk rapatkan jurang dengan pendahulu liga.

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola tidak bimbang dengan ketinggalan lapan mata kepada pendahulu liga, Liverpool.

Guardiola percaya skuadnya masih mempunyai peluang untuk mengejar pesaing utamanya itu.

Juara bertahan ini tewas 2-0 di laman sendiri kepada Wolves yang menyaksikan Liverpool mengukuhkan kedudukan selepas menang ke atas Leicester pada Sabtu.

“Saya tahu, perbezaan sangat besar. Banyak situasi mereka (Liverpool) tidak hilang mata.

“Lebih baik tidak fikir pasukan yang mempunyai kelebihan lapan mata.

“Ia hanya baru bulan Oktober.

“Memang banyak mata (perbezaan). Tetapi lebih baik tidak fikir mengenainya. Lebih baik fikir apa seterusnya,” jelas Guardiola.

Tambah Guardiola situasi seperti ini memang berlaku.

“Ia hari yang buruk, kadang-kala ia memang berlaku. Kami bermula dengan baik, kemudian ketinggalan dengan dua kekalahan ketika sedang membina pasukan.

“Kami berasa sedikit bimbang. Sesekali ia memang berlaku, tetapi banyak lagi perlawanan yang harus dilalui,” tambahnya.-Dailymail.co.uk

Pep Guardiola, Manchester City

Artikel Berikut

Artikel Lain