suria

Neymar minta Messi pujuk Barcelona?

Neymar meninggalkan Nou Camp pada 2017 sebelum menyertai PSG. FOTO: GETTY.

LIONEL Messi nampaknya sedang berusaha memujuk Barcelona agar mereka menandatangani Neymar bersama pasukan mereka.

Menurut The Sunday Times, Neymar memohon bantuan Messi dalam merealisasikan hasratnya itu.

Neymar pada 2017 mengejutkan peminat bola sepak apabila meninggalkan Nou Camp untuk menyertai Paris Saint German (PSG) sekaligus menjadikan dia pemain termahal di dunia.

Namun, kegembiraan itu nampaknya tidak berkekalan lama untuk Neymar.

Dia kini mahu keluar dari PSG dan berkeinginan untuk pulang semula ke Barcelona.

Menurut The Times lagi, Messi sudah berusaha lama untuk menjadikan perpindahan itu satu realiti. - Daily Star.

Lionel Messi, Neymar, Barcelona

Artikel Lain