suria

Frappart pengadil wanita pertama kendali Piala Super Uefa di antara Chelsea-Liverpool

Frappart bakal mengendali perlawanan Chelsea dan Liverpool di Istanbul 14 Ogos ini.

KESATUAN Bola Sepak Eropah (Uefa) mengumunkan bahawa Stephanie Frappart bakal bergelar pengadil wanita pertama dalam mengendalikan perlawanan pasukan lelaki berprofil tinggi dalam salah kejohanan dalam kalendar perlawanan badan induk bola sepak Eropah ini.

Frappart dilantik untuk mengendalikan perlawanan di antara Chelsea dan Liverpool bagi aksi Piala Super Eropah pada 14 Ogos ini.

Pengadil dari Perancis yang turut mengendalikan aksi final Piala Dunia Wanita di antara Amerika Syarikat dan Belanda bulan lalu akan mengetaui pasukan pengadil bagi perlawanan di Istanbul nanti.

Dia akan diiringi rakan pengadil Manuela Nicolosi dan Michelle O'Neal dari Republik Ireland yang akan menjadi pembantu manakala pengadil keempat dari Turki, Cuneyt Cakir.

Frappart bertugas bersama Nicolosi dan O'Nea ketika final Piala Dunia Wanita di Lyon Julai lalu.

"Saya telah memberitahu dalam satu majlis sebelum ini bahawa potensi wanita dalam sukan bola sepak tidak ada hadnya dan saya gembira Stephanie Frappart telah dilantik sebagai pengadil rasmi untuk Piala Super Uefa bersama pembantu pengadil Manuela Nicolosi dan Michelle O'Neal," jelas presiden Uefa, Aleksander Ceferin.

Untuk rekod, Frappart bergelar pengadil sejak 2009 dean mencipta sejarah pengadil wanita pertama mengendalikan saingan Ligue 1.

Malah dia juga pernah diberi penghormatan mengendali tiga perlawanan kelayakan Piala Usfa di antara tahun 2004 dan 2009.-Dailymail.co.uk

Stephanie Frappart, Perancis, Uefa

Artikel Lain