suria

Pepe pecah rekod perpindahan Arsenal

Pepe bakal menjadi ayam tambatan buat Arsenal.

ARSENAL mengesahkan mengikat Nicolas Pepe dengan harga 72 juta paun (RM362.21 juta).

Bekas pemain Lille itu memececah rekod perpindahan kelab dengan kontrak lima tahun.

Arsenal akan membayar permulaan sebanyak 20 juta paun dan bakinya 52 juta paun akan dibahagikan bayaran untuk tempoh kontrak lima tahun.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi perhatian The Gunners selepas meledak 23 gol dalam 41 perlawanan Ligue 1 musim lalu.

Pepe yang bakal menyarung jersi bernombor 19 berkata: "Berada di sini sangat beremosi kerana ia bukan mudah buat saya.

"Saya datang jauh dan banyak berjuang, jadi dapat berada di kelab ini adalah dianggap sebagai ganjaran buat saya.

"Sangat penting untuk membuat keputusan betul dan saya diyakinkan bahawa Arsenal adalah pilihan tepat," jelas Pepe.

Sementara itu, bos Arsenal Unai Emery memberitahu Nicolas merupakan pemain berstatus tinggi dan merupakan pemain sayap berbakat yang diidamkan oleh banyak kelab di Eropah." -Dailymail.co.uk

Nicolas Pepe, Arsenal, Lille

Artikel Lain