suria

Keputusan Zidane untuk Pogba atasi pilihan presiden Real Madrid

Paul Pogba. Foto Reuters

PENGURUS Real Madrid, Zinedine Zidane mendahului erebutan perpindahahan pemain, dengan presiden kelab itu, Florentino Perez.

Sebagaimana yang didedahkan Mirror Football pada bilan lalu, Perez mempertikaikan mengenai siapa individu yang tepat untuk memperkuatkan bahagian pemain tengah pasukan itu pada musim panas ini.

Zidane menjadikan pemain Manchester United, Paul Pogba sebagai pilihan nombor satu, meskpun dengan bayaran perpindahan £160 juta (RM848 juta).

Pada masa sama, kelab Old Trafford itu turut keberatan untuk menjual Pogba.

Sementara itu, pilihan Perez pula adalah pemain Tottenham Spurs, Christian Eriksen.

Beliau percaya Eriksen boleh diperoleh dengan nilai lebih rendah dan urusan perjanjian lebih mudah berikutan kontraknya hanya berbaki 12 bulan. - Mirror UK

Artikel Lain