Wilshere dedah hampir tinggalkan bola sepak kerana masalah kesihatan Archie - Sukan | mStar

Wilshere dedah hampir tinggalkan bola sepak kerana masalah kesihatan Archie

Wilshere hampir berhenti bermain bola sepak kerana terlalu risau tentang kesihatan anaknya.

JACK Wilshere mendedahkan dia hampir menamatkan kariernya ketika berdepan dengan kecederaan berpanjangan.

Pemain tengah West Ham berusia 27 tahun itu berdepan dengan kecederaan berpanjangan sejak bersama dengan Arsenal  lagi.

Malah namanya hampir tenggelam ketika bersama The Gunners beberapa tahun sebelum ini kerana jarang beraksi.

Malah musim lalu dia beraksi hanya empat penampilan sahaja bersama West Ham.

Wilshere mengaku hanya satu kecederaan telah memberi impak besar selepas tidak beraksi selama lapan bulan pada tahun 2015.

Namun, ada yang lebih yang mengatasi masa depan kariernya apabila anaknya Archie ketika itu berusia 4 tahun mengalami masalah kesihatan.

Archie berdepan dengan masalah kesihatan ketika berusia 4 tahun.

"Ia sangat sukar kerana ketika dalam perjalanan pulang dan dalam masa sama anak saya mengalami masalah kesihatan.

"Sejak itu saya lupa tentang bola sepak. Saya masih ingat memberitahu kepada isteri yang saya belum pasti untuk melakukannya lagi.

"Untuk tempoh empat atau lima bulan pertama, saya tidak menjalani proses pemulihan.

"Saya hanya berada di hospital kerana fokus utama adalah dia (anak). Saya seperti sedikit menutup hubungan dengan dunia," jelasnya.

Namun Wilshere kembali dalam tahap kecergasan yang baik penghujung bulan lalu dan berada di bangku simpanan pada perlawanan akhir West Ham.

Dia berharap mampu kembali memberi impak lebih besar di Stadium London musim depan.

"Saya mahu bermain selama yang mungkin. Bola sepak adalah sebahagian daripada hidup saya. Ia adalah keluarga saya. Kami sebuah keluarga."-mirror.co.uk

Jack Wilshere , Archie

Artikel Sebelum

Artikel Lain