Rooney cadang United cari pemain berpotensi, tak perlu belanja besar - Sukan | mStar

Rooney cadang United cari pemain berpotensi, tak perlu belanja besar

Rooney berharap Solskjaer dapat memilih pemain yang lebih berpotensi.

WAYNE Rooney memberi pandangan bahawa Manchester United perlu mencari pemain yang lebih berpotensi.

Pengurus United Oleh Gunnar Solskjaer berperanan untuk membina kembali skuad utama selepas musim suram dalam kempen 2018/19.

Kelab juara Liga Perdana 13 kali itu melantik Solskjaer selepas memecat Jose Mourinho Disember lalu, menamatkan saingan liga di tangga keenam sekaligus gagal untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.

Jumaat lalu United bersetuju untuk mengikat pemain sayap Swansea berusia 21 tahun , Daniel James.

James pemain baharu United musim depan.

"Buat Ole, perkara pertama yang dia perlu buat adalah membina pasukan.

"Saya tidak yakin dengan membawa satu satu dua pemain bernilai lebih 100 juta paun dapat membantu skuad dan pemain sedia ada.

"Dia perlu cuba dan lihat mungkin lima atau enam orang pemain yang mempunyai potensi untuk menjadi pemain top tetapi tidak perlu berbelanja besar 120 juta paun, 130 juta paun ke atas sesuatu pemain.

"Saya fikir jika berbelanja 30, 40 juta paun ia sudah memadai untuk meningkatkan pasukan.

"Ia juga mampu memanjangkan jangka masa sesetengah pemain dan memberi laluan untuk meningkatkan pasukan dengan lima atau enam pemain baharu.

"Anda boleh membawa Cristiano Ronaldo, Sergio Ramos, Lionel Messi atau Gareth Bale sebagai contoh, tetapi ia akan menjadikan kos lebih 300, 350 juta paun. Dan anda dapat apa.?

"Mungkin tempoh dua tahun Ronaldo terkeluar, beberapa tahun selepas itu Ramos dan ketika itu kamu cakap kekurangan wang.

"United tidak merangkul trofi kejuaraan liga sejak musim akhir Sir Alex Ferguson menguruskan skuad ini pada 2013.-Eurosports

Wayne Rooney , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ibu Mawi meninggal dunia

Cik Puan Muda Pahang kemalangan