suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United tolak tawaran Inter Milan untuk Lukaku

Romelu Lukaku. Foto Reuters

MANCHESTER United dilaporkan menolak tawaran kelab Inter Milan untuk pertukaran pemain, Ivan Perisic berserta wang tunai bagi mendapatkan Romelu Lukaku.

Lukaku dikatakan bakal meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini dan pemain kelahiran Belgium itu menjadi sasaran pengurus baharu Inter Milan, Antonio Conte.

Media Itali mendakwa Inter Milan telah menawarkan Perisic kepada Manchester United sebagai imbuhan dalam sebarang perjanjian bagi mendapatkan Lukaku.

Bagaimanapun, memetik laporan The Sun, kelab Red Devils menolak tawaran tersebut dan sedia menunggu terma-terma kerana mereka cuba untuk mendapatkan semula bayaran mereka untuk pemain tersebut.

Sementara itu, Perisic sering dikaitkan dengan Manchester United sejak beberapa tahun dan pernah menjadi sasaran utama bekas pengurus, Jose Mourinho. - Daily Mail UK

Artikel Lain