suria

Manchester United sedia panggil Bale sebagai pemain pinjaman

Bale tiada dalam perancangan Real Madrid musim depan.

MANCHESTER United bersedia untuk membayar kontrak 480,000 paun  (RM 2.5 juta) seminggu kepada Gareth Bale sebagai pemain pinjaman.

Sebelum ini dilaporkan pengurus Zinedine Zidane mahu Bale meninggalkan Madrid musim baharu nanti untuk dia 'membaiki' keseluruhan skuadnya itu.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak ada dalam perancangannya musim depan.

Namun ternyata sukar untuk pemain antarabangsa Wales itu mendapat sebarang tawaran lain.

Malah Real Madrid juga tidak menerima apa-apa tawaran untuk Bale dengan permintaan harga 75 juta paun sebagai yuran perpindahan.

Sebaliknya, Bale telah meminta ejennya memberitahu pengurusan Madrid bahawa dia mahu berada di Santiago Bernabeu.

Terbaharu, laporan Sunday Mirror mendedahkan bahawa United merancang untuk membawa Bale dan bersedia membayar yuran perpindahan sebagai pemain pinjaman.

Sebelum ini United juga telah bersetuju untuk mendapatkan pemain Swansea City Daniel James dengan harga perpindahan 18 juta paun.

Pemain berusia 21 tahun itu sudah menjalani rawatan kesihatan di pusat latihan United pada Khamis. -metro.co.uk

Gareth Bale, Manchester United

Artikel Lain