suria

Portugal singkir Belanda 1-0 rangkul trofi Liga Negara-Negara

PORTUGAL menambah gelaran Liga Negara-Negara yang julung kali diadakan, tiga tahun selepas dinobatkan sebagai juara  Euro 2016.

Goncalo Guedes memastikan kemenangan 1-0 dalam perlawanan akhir menentang Belanda di Porto, awal pagi Isnin.

Sebelum ini, penyerang Valencia bernilai 36 juta pound itu terselamat daripada kemalangan apabila keretanya melanggar sebuah motosikal.

Malah dia juga tidak beraksi pada aksi separuh akhir, namun dia bangkit kembali memastikan namanya disebut sebagai penjaring kemenangan kepada Portugal.

Jaringan Guedes beri kemenangan kepada Portugal.

Sementara itu, rakan Guedes yang merupakan bintang Manchester City Bernardo Silva pula menganggap musim ini sangat hebat baginya baginya selepas menjulang trofi Piala FA, Liga Perdana dan Piala Liga bersama kelab.

"Musim yang sangat baik buat saya. Saya sangat bangga memegang piala pertama bersama pasukan kebangsaan. Malam yang indah buat kami dan negara," katanya.

Ketua jurulatih Fernando Santos berkata: "Ini adalah kegembiraan kepada semua penyokong. Hari ini Hari Kebangsaan yang kelihatan lebih cerah.

"Kemenangan ini merupakan makna besar kepada bola sepak Portugal. Masa depan di sini. Saya dedikasi kemenangan ini kepada ibu dan abang ipar yang berada dalam keadaan tidak sihat," ujarnya.  - Express.co.uk

Portugal, Liga Negara-Negara, juara

Artikel Lain