suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho sedia runding untuk jadi pengurus baharu Newcastle United

Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho sedia untuk berunding dengan bakal pemilik baharu Newcastle sekiranya hartawan Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan tampil memanggilnya.

Penasihat yang mewakili Sheikh menegaskan tawaran £350 juta untuk kelab Liga Perdana Inggeris itu adalah tulen, meskipun pemilik semasa, Mike Ashley masih belum melihat sebarang bukti dana pengambilalihan tersebut.

Seperti yang diumumkan secara eksklusif pada hujung minggu lalu, Sheikh Khaled mempunyai sasaran pengurusan sendiri dengan masa depan Rafa Benitez masih diragui. 

Salah seorang daripada mereka adalah bekas pengurus Chelsea, Manchester United dan Real Madrid iaitu Mourinho, yang menyedari kepentingan dan memberitahu rakan-rakannya bahawa Newcastle meruopakan salah satu perkara yang akan dipertimbangkan dengan serius. - Mirror UK

Jose Mourinho, Newcastle

Artikel Sebelum

Artikel Lain