suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gudjohnsen simpati dengan Ozil

LEGENDA Chelsea Eidur Gudjohnsen bersimpati dengan Mesut Ozil selepas Arsenal tewas 4-1 di pentas akhir Liga Europa awal pagi Khamis.

Bekas pemain kebangsaan Jerman itu gagal memberi kesan kepada The Gunners ketika aksi di Baku yang menyaksikan Maurizio Sarri menjulang trofi sulungnya sebagai pengurus.

Ozil dikeluarkan oleh Unai Emery 15 terakhir permainan ketika kedudukan 4-1 dan perancang utama itu digantikan dengan pemain muda Joe Willock.

Ozil kelihatan kecewa apabila dipanggil keluar 15 minit sebelum perlawanan berakhir.

Ozil kelihatan berjalan perlahan meninggalkan padang dan kelihatan belum sedia dikeluarkan.

"Satu perkara yang anda beritahu saya jika sebagai pengurus Arsenal...anda ketinggalan 4-1 aksi akhir, keluarkan Ozil dan dia berjalan perlahan seperti mahu tepukan gemuruh.

"Saya minta maaf. Jika saya berada di situ, ia amat memalukan. Tunduk kepala dan berlari keluar padang.

"Dia pemain hebat, berkualiti tetapi sebagai pengurus saya tidak dapat melihat situasi itu dalam pasukan," ujar Gudjohnsen.

Kekalahan ini bermakna, Arsenal sekali lagi akan beraksi dalam Liga Europa untuk tiga tahun berturut-turut. - metro.co.uk

Mesut Ozil, Eidur Gudjohnsen, Arsenal

Artikel Lain