suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard akui mahu tinggalkan Chelsea "Selamat tinggal yang baik"

Hazard meledak dua gol aksi akhir Liga Europa.

EDEN Hazard mendedahkan dia mahu meninggalkan Chelsea untuk ke Real Madrid.

Pemain kelahiran Belgium itu mengesahkan perkara itu selepas menjaringkan gol buat Blues sehingga menumpaskan Arsenal 4-1 dalam aksi final Liga Europa.

Sebaik tamat permainan, Hazard menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan Stamford Bridge kerana mahu menyertai Real Madrid musim depan.

"Saya sudah buat keputusan. Saya telah katakan dua minggu lalu," kata Hazard kepada BT Sport.

"Sekarang bergantung kepada kelab, kedua-dua kelab. Saya hanya tunggu seperti para penyokong tunggu, kita akan tahu dalam beberapa hari lagi.

"Saya fikir ia adalah selamat tinggal, tetapi di dalam bola sepak kita tak tahu. Impian saya sebelum ini untuk bermain di Liga Perdana Inggeris, saya lakukannya selama tujuh tahun.

"Mungkin sekarang tiba masanya untuk cabaran baharu," katanya. - Daily Mail UK


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain