suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashley setuju jual Newcastle kepada sepupu pemilik Machester City

Sheikh Khaled merupakan sepupu kepada pemilik Manchester City.

MIKE Ashley bersedia menjual Newcastle selepas 12 tahun menjadi pemiliknya.

Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual dengan harga 350 juta paun kepada Sheikh Khaled Zayed Al Nehayan iaitu sepupu kepada pemilik Manchester City Sheikh Mansour.

Menurut laporan The Sun, kontrak telah ditanda tangani oleh kedua pihak telah diserahkan kepada Liga Perdana Inggeris.

Sheikh Khaled merupakan ahli kepada keluarga diraja Abu Dhabi dan merupakan salah seorang usahawan berjaya di Gulf.

Dia juga adalah individu yang disebut tahun lalu untuk mengambil alih Liverpool dengan nilai 2 bilion paun, namun misinya tidak berjaya.

Kali pertama Ashley cuba menjual Newcastle pada tahun 2008 selepas Kevin Keegan meninggalkan posisi sebagai pengurus.

Ketika itu Sheikh Mansour turut berminat membeli Newcastle tetapi memilih untuk pergi ke Manchester City sekaligus berjaya mengubah menjadi kelab berjaya di UK setakat ini.

Newcastle, Ashley, Sheikh Khaled

Artikel Lain