suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Nantes-Cardiff City bergabung beri penghormatan untuk Sala pada aksi akhir Ligue 1

Kehilangan Sala amat dirasai penyokong-penyokong Nantes.

PENYOKONG-penyokong Cardiff City turut memberi penghormatan kepada bekas penyerang Emiliano Sala pada hari terakhir aksi Ligue 1 musim ini.

Sala mengikat kontrak bersama Cardiff dari Nantes namun tidak kesampaian untuk mempamerkan aksi selepas mengalami tragedi pesawatnya terhempas di Selat Inggeris.

Selepas itu, setiap perlawanan di Nantes, semua penyokong akan berdiri dan memberi tepukan kepada hero mereka pada minit kesembilan - sebagai penghargaan empat tahun Sala bersama mereka.

Penyokong-penyokong Cardiff City bersama penyokong Nantes pada saingan akhir Ligue 1, Jumaat.

Namun ketika aksi akhir menentang Strasbourg pada Jumaat, penyokong-penyokong Cardiff juga turut menyertai mereka.

Sala, 28, dalam perjalanan kembali ke Selatan Wales selepas menandatangani kontrak bersama Bluebirds dengan bidaan sekitar 15 juta pound sterling.-Onefootball

Emiliano Sala, Cardiff, Nantes

Artikel Berikut

Artikel Lain