suria

Lippi kembali latih skuad China

Lippi kembali melatih skuad kebangsaan China.

MARCELLO Lippi  sekali lagi diangkat sebagai ketua jurulatih pasukan China bagi persiapan untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2022.

Bekas pengendali Itali dan Juventus pernah berada di China lebih daripada dua tahun sebelum angkat kaki Januari lalu setelah terkeluar daripada saingan suku akhir Piala Asia.

Dia kemudian diganti dengan Fabio Cannavaro yang meletak jawatan bulan lalu bagi memberi fokus kepada kelab Guangzhou Evergrande Taobao.

Perlantikan Lippi itu telah disahkan oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA) pada Jumaat.

“Jurulatih dari Itali Marcello Lippi kini menjadi ketua jurulatih bagi pasukan bola sepak lelaki kebangsaan China,” ujarnya satu kenyataan dari CFA.

Lippi dijangka akan kembali ke padang bulan depan menjelang pertemuan aksi persahabatan bertemu  Filipina dan Tajikistan. -Onefootball

marcello Lippi, China

Artikel Lain