suria

Skuad Barcelona terbang ke Old Trafford penuh bergaya dengan sut bernilai RM22,492

Pemain-pemain Barcelona tiba di Manchester United menjelang perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Khamis ini.

SKUAD Barcelona terbang ke Manchester United dengan berpakaian segak sut bernilai  4,200 paun (RM22,492) sepasang.

Barcelona tiba di Manchester United dengan bergaya menjelang perlawanan pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara awal yang bakal berlangsung awal pagi Khamis.

Messi kelihatan segak dengan suit ketika tiba di Manchester United.

Pemain bintang seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Philippe Coutinho dan pemain-pemain lain kelihatan amat segak dengan sut bewarna kelabu bersama kameja putih di bahagian dalam.

Ousmane Dembele yang masih berdepan dengan kecederaan pangkal paha turut bersama rakan sepasukannya walaupun tidak dibenarkan bermain.

Skuad Ernesto Valverde bakal berdepan dengan saingan sengit di Old Trafford selepas mempamerkan aksi cemerlang tanpa tewas sejak 23 Januari lalu.-Dailymail.co.uk

Lionel Messi, Barcelona

Artikel Berikut

Pele dibenar keluar hospital

Artikel Lain