suria

Ramos digantung dua perlawanan kerana sengaja ‘tempah’ kad kuning

Foto Reuters

KAPTEN Real Madrid, Sergio Ramos digantung dua perlawanan Eropah kerana didakwa 'sengaja mendapatkan kad kuning', kata badan bola sepak Eropah, UEFA dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ramos dilayangkan kad kuning kerana melakukan faul ke atas Kasper Dolberg dalam perlawanan kelompok 16 terakhir (pusingan pertama) Liga Juara-Juara di Ajax.

Sebagai natijahnya, pemain berusia 32 tahun itu digantung perlawanan bermula pada acara timbal balik, Selasa depan.

Menerusi satu temu bual di televisyen, Ramos berkata: "Melihat kepada keputusan, saya menipu kalau saya kata saya tidak melakukannya dengan sengaja."

Pemain pertahanan itu kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa dia melakukan faul tersebut dengan sengaja, tetapi tidak berniat untuk mendapatkan kad berkenaan.

Ramos turut digantung daripada bermain untuk pusingan pertama suku akhir jika juara Liga Eropah itu mara ke kelompok lapan pasukan terakhir.

Real harus berusaha keras untuk kembali ke landasan mereka selepas kalah 3-0 Rabu lalu kepada Barcelona. - Mirror UK

Sergio Ramos

Artikel Lain