suria

Bapa dipukul sehingga mengalami kecederaan otak gara-gara pakai selendang Liverpool

Sean Cox cedera selepas dipukul oleh seorang penyokong AS Roma. - PA

SEORANG lelaki Itali yang 'menghancurkan' hidup seorang peminat Liverpool dan keluarganya dalam satu serangan ganas yang berlaku menjelang perlawanan Liga Juara-Juara akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama tiga setengah tahun.

Penyokong AS Roma, Simone Mastrelli, 30 memilih bapa kepada tiga anak, Sean Cox, 53, hanya disebabkan oleh selendang Liverpool FC yang dipakai oleh lelaki itu.

Mastrelli memukul mangsa di bahagian muka sehingga tidak sedarkan diri dalam kejadian yang berlaku dekat Anfield.

Mastrelli berada di hadapan kumpulan ultras seramai 50 dan 60 orang dalam pakaian berlainan dan kebanyakan mereka menutup kepala serta muka.

Ultras tersebut turut membawa beberapa tali pinggang di tangan mereka sebagai senjata.

Ketika Cox dari Dunboyne, Co Meath terbaring tidak bergerak, Mastrelli dengan cepat menghilangkan diri di kawasan orang ramai dan tanpa rasa bersalah memasuki stadium untuk menonton perlawanan pada 24 April tahun lepas.

Mastrelli. - Independent

Mastrelli kembali ke Itali pada keesokan harinya dan bebas berkeliaran sehingga dia ditangkap pada Oktober sebelum diperintahkan untuk menjadi tahanan rumah.

Mastrelli melawan ekstradisi menerusi beberapa rayuan sebelum dia akhirnya dibawa ke United Kingdom pada bulan lepas.

Pada Khamis, pemuda itu mengaku bersalah di Mahkamah Mahkamah Preston kerana melanggar undang-undang dan menimbulkan kemudaratan terhadap mangsa.

Mahkamah mendengar Cox sedang menjalani rawatan di Hospital Pemulihan Kebangsaan di Dun Laoghaire kerana mengalami kecederaan otak yang kritikal.

Pendakwaraya Keith Sutton berkata, pengarah jualan yang diserang itu merupakan seorang suami yang sibuk dan bapa kepada tiga anak yang mempunyai ramai kawan.

Mangsa mungkin tidak akan dapat hidup secara berdikari lagi. - Independent

Liverpool